Search
Waktu Solat
SKLB Calendar
Guru Besar Sklb
Mengenai Laman Sklb
Laman blog Sk Lembah Bidong dibina untuk memudahkan sebarang kemaskini secara online mengenai segala aktiviti samada sukan, kelab, persatuan, kursus, penganjuran dan sebagainya yang berkaitan dengan Sk Lembah Bidong Setiu Terengganu. Sekian.
P/s : Blog masih dalam pembinaan..harap kerjasama daripada semua pihak untuk menjayakanya 100%.sebarang sumber yg ingin dimasukkan sila email ke sklb6090@yahoo.com.my
P/s : Blog masih dalam pembinaan..harap kerjasama daripada semua pihak untuk menjayakanya 100%.sebarang sumber yg ingin dimasukkan sila email ke sklb6090@yahoo.com.my
UPSR Countdown
Admin Website
Tazkirah Semasa
Kelebihan Bulan Ramadan
Rasulullah.s.a.w bersabda:
" Sesungguhnya dalam syurga terdapat satu pintunya yang dikenali dengan ar-Raiyyan di mana yang berhak memasukinya hanya orang yang berpuasa. Apabila selesai masuk nescaya ditutupnya
Riwayat Bukhari, Muslim dan Ahmad.
Ruang Bincang SKLB
SKLB Clocks
Menu Utama
Unit-Unit SKLB
Senarai Ahli
Pages
Piagam Pelanggan Sekolah
KAMI Guru dan Kakitangan Sekolah Kebangsaan Lembah Bidong berjanji untuk :
- Memahami dan berusaha menyelesaikan masalah anda secepat mungkin.
- Memberi maklumat tertentu yang diperlukan dengan cepat dan tepat.
- Memastikan semua kanak-kanak berumur 6 tahun dan ke atas mendapat peluang belajar bermula pada hari pertama sesi persekolahan.
- Menyediakan kemudahan fizikal, peralatan dan bahan-bahan sokongan pengajaran dan pembelajaran.
- Meningkatkan tahap displin, kebersihan, kesihatan dan keselamtan di sekolah.
- Memberi khidmat bimbingan dan penyeliaan dalam pentadbiran, kewangan, pengurusan kurikulum dan kokurikulum serta perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran kepada semua guru di sekolah untuk meningkatan prestasi pelajar.
- Meningkatkan permuafakatan dan penglibatan masyarakat dalam urusan pendidikan sepanjang masa.
- Melahirkan lepasan sekolah yang berilimu dan beramal soleh.
Misi SK Lembah Bidong Setiu Terengganu
Bahawa sesungguhnya kami warga Sekolah Kebangsaan Lembah Bidong akan berusaha mempertingkatkan mutu perkhidmatan kepada semua pelangan dan semua murid di bilik darjah dan luar bilik darjah.
Visi SK Lembah Bidong Setiu Terengganu
Bahawa sesungguhnya warga Sekolah Kebangsaan Lembah Bidong akan sentiasa berusaha untuk mencapai kecemerlangan dalam pendidikan peringkat sekolah rendah berlandaskan falsafah pendidikan kebangsaan.
Kepada Semua Guru Sekolah Kebangsaan Lembah Bidong
Assalamualaikum w.b.t
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan Selamat Tahun baru, dan selamat bertugas bagi tahun 2010. Saya merakamkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua guru yang telah melaksanakan tugas dengan tekun dan percaya pada tahun lepas 2009 walaupun keputusan 5A UPSR menurun berbanding dengan tahun 2008 tetapi peratus lulus keseluruhan meningkat dan ianya masih boleh dipertingkatkan dengan kerja-kerja yang lebih kemas. Semoga apa yang diperolehi tahun sebelum ini akan jadi panduan bagi melaksanakan tugas dengan lebih sistematik dan kerja dibuat dengan lebih bersungguh-sungguh berlandaskan pada wawasan dan falsafah pendidikan negara dan komitmen yang tinggi diantara kita.
Marilah kita berusaha mempertingkatkan prestasi sekolah kita mulai tahun ini secara berterusan lebih-lebih lagi perlibatan secara total dalam aktiviti kurikulum dan kokurikulum. Dengan kegigihan tuan/puan tanpa paksaan dan berbekalkan rasa tanggungjawab dan amanah kita dengan Allah s.w.t, insyaallah kita akan berjaya berkerja dalam satu pasukan saya ingin melihat sekolah ini akan terus berjaya tanpa saya bersama-sama dalam organisasi akan datang.
Subscribe to:
Posts (Atom)