SK Lembah Bidong Setiu Terengganu

"Berpenat lelahlah kamu..kerana sesungguhnya kesenangan itu selepas kesusahan..Jangan berdukacita kerana hidup ini meletihkan..kerana demikianlah hidup ini diciptakan."


2:33 PM

Kata Aluan Guru Besar

Posted by Mohd Rajib Ismail (FT17)

Kepada Semua Guru Sekolah Kebangsaan Lembah Bidong



Assalamualaikum w.b.t


Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan Selamat Tahun baru, dan selamat bertugas bagi tahun 2010. Saya merakamkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua guru yang telah melaksanakan tugas dengan tekun dan percaya pada tahun lepas 2009 walaupun keputusan 5A UPSR menurun berbanding dengan tahun 2008 tetapi peratus lulus keseluruhan meningkat dan ianya masih boleh dipertingkatkan dengan kerja-kerja yang lebih kemas. Semoga apa yang diperolehi tahun sebelum ini akan jadi panduan bagi melaksanakan tugas dengan lebih sistematik dan kerja dibuat dengan lebih bersungguh-sungguh berlandaskan pada wawasan dan falsafah pendidikan negara dan komitmen yang tinggi diantara kita.

Marilah kita berusaha mempertingkatkan prestasi sekolah kita mulai tahun ini secara berterusan lebih-lebih lagi perlibatan secara total dalam aktiviti kurikulum dan kokurikulum. Dengan kegigihan tuan/puan tanpa paksaan dan berbekalkan rasa tanggungjawab dan amanah kita dengan Allah s.w.t, insyaallah kita akan berjaya berkerja dalam satu pasukan saya ingin melihat sekolah ini akan terus berjaya tanpa saya bersama-sama dalam organisasi akan datang.

0 comments:

Post a Comment

sebarang pandangan atau idea untuk pembangunan sila nyatakan disini..terima kasih.