SK Lembah Bidong Setiu Terengganu

"Berpenat lelahlah kamu..kerana sesungguhnya kesenangan itu selepas kesusahan..Jangan berdukacita kerana hidup ini meletihkan..kerana demikianlah hidup ini diciptakan."


10:13 AM

Unit Pentadbiran

Posted by Mohd Rajib Ismail (FT17)


Guru Besar
 Sulong Bin Nik Man






GPK 1
  Ros Haya Binti Aziz

 GPK Hem
Abd Rahghni Bin Kalyubi


10:43 AM

Kem Motivasi Kecemerlangan Diri Tahun 6 2010

Posted by Mohd Rajib Ismail (FT17)

Antara barisan kakitangan dan pelajar yang terlibat menjayakan kem motivasi kecemerlangan tahun 2010 baru-baru ini


Barisan pelajar-pelajar lelaki dan perempuan tahun 6 yang terlibat Kem Motivasi Kecemerlangan Diri


Antara salah satu sesi yang terlibat



10:29 AM

Piagam Pelanggan Sekolah

Posted by Mohd Rajib Ismail (FT17)

Piagam Pelanggan Sekolah

KAMI Guru dan Kakitangan Sekolah Kebangsaan Lembah Bidong berjanji untuk :

  • Memahami dan berusaha menyelesaikan masalah anda secepat mungkin.
  • Memberi maklumat tertentu yang diperlukan dengan cepat dan tepat.
  • Memastikan semua kanak-kanak berumur 6 tahun dan ke atas mendapat peluang belajar bermula pada hari pertama sesi persekolahan.
  • Menyediakan kemudahan fizikal, peralatan dan bahan-bahan sokongan pengajaran dan pembelajaran.
  • Meningkatkan tahap displin, kebersihan, kesihatan dan keselamtan di sekolah.
  • Memberi khidmat bimbingan dan penyeliaan dalam pentadbiran, kewangan, pengurusan kurikulum dan kokurikulum serta perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran kepada semua guru di sekolah untuk meningkatan prestasi pelajar.
  • Meningkatkan permuafakatan dan penglibatan masyarakat dalam urusan pendidikan sepanjang masa.
  • Melahirkan lepasan sekolah yang berilimu dan beramal soleh.

8:59 AM

Misi Dan Visi

Posted by Mohd Rajib Ismail (FT17)

Misi SK Lembah Bidong Setiu Terengganu

Bahawa sesungguhnya kami warga Sekolah Kebangsaan Lembah Bidong akan berusaha mempertingkatkan mutu perkhidmatan kepada semua pelangan dan semua murid di bilik darjah dan luar bilik darjah.

Visi SK Lembah Bidong Setiu Terengganu

Bahawa sesungguhnya warga Sekolah Kebangsaan Lembah Bidong akan sentiasa berusaha untuk mencapai kecemerlangan dalam pendidikan peringkat sekolah rendah berlandaskan falsafah pendidikan kebangsaan.

2:33 PM

Kata Aluan Guru Besar

Posted by Mohd Rajib Ismail (FT17)

Kepada Semua Guru Sekolah Kebangsaan Lembah Bidong



Assalamualaikum w.b.t


Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan Selamat Tahun baru, dan selamat bertugas bagi tahun 2010. Saya merakamkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua guru yang telah melaksanakan tugas dengan tekun dan percaya pada tahun lepas 2009 walaupun keputusan 5A UPSR menurun berbanding dengan tahun 2008 tetapi peratus lulus keseluruhan meningkat dan ianya masih boleh dipertingkatkan dengan kerja-kerja yang lebih kemas. Semoga apa yang diperolehi tahun sebelum ini akan jadi panduan bagi melaksanakan tugas dengan lebih sistematik dan kerja dibuat dengan lebih bersungguh-sungguh berlandaskan pada wawasan dan falsafah pendidikan negara dan komitmen yang tinggi diantara kita.

Marilah kita berusaha mempertingkatkan prestasi sekolah kita mulai tahun ini secara berterusan lebih-lebih lagi perlibatan secara total dalam aktiviti kurikulum dan kokurikulum. Dengan kegigihan tuan/puan tanpa paksaan dan berbekalkan rasa tanggungjawab dan amanah kita dengan Allah s.w.t, insyaallah kita akan berjaya berkerja dalam satu pasukan saya ingin melihat sekolah ini akan terus berjaya tanpa saya bersama-sama dalam organisasi akan datang.

1:55 PM

Pengenalan Sklb

Posted by Mohd Rajib Ismail (FT17)